Rakan Perunding Tanah Profesional Anda
Membantu pemilik tanah, pembeli dan pelabur mengurus urusan tanah dengan lebih tersusun, telus dan strategik.
Perkhidmatan Kami
Perkhidmatan perundingan tanah komprehensif yang disusun untuk keperluan anda.
Perundingan Hartanah & Tanah
Kami menyediakan khidmat nasihat berkaitan potensi tanah, status hakmilik, kegunaan tanah, risiko transaksi dan langkah terbaik sebelum pelanggan membuat keputusan.
Pengurusan Jual Beli Tanah
Kami membantu menyusun proses jual beli tanah termasuk pengurusan listing, pencarian pembeli, susunan booking, dokumentasi awal dan koordinasi dengan pihak berkaitan.
Pengurusan Tanah Pusaka
Kami membantu pelanggan memahami dan menyusun urusan tanah pusaka melalui semakan dokumen, penyelarasan waris dan rujukan kepada pihak profesional yang berkaitan.
Semakan Tanah & Due Diligence
Kami membantu membuat semakan awal berkaitan geran, kategori tanah, syarat nyata, sekatan kepentingan, status pegangan dan risiko sebelum sebarang transaksi diteruskan.
Tukar Syarat Tanah & Pecah Lot
Kami membantu pelanggan memahami proses tukar syarat tanah, pecah sempadan, pecah lot dan keperluan asas sebelum permohonan dimulakan bersama pihak teknikal berkaitan.
Dokumentasi & Sokongan Perundangan
Kami membantu menyediakan dan menyusun dokumen sokongan berkaitan urusan tanah serta menyelaras perkara yang memerlukan rujukan kepada peguam atau pihak berautoriti.
Mengapa Pilih Kami
Pendekatan profesional, fokus kepada penyelesaian dan pengurusan yang tersusun.
Pendekatan Profesional
Kami mengurus setiap urusan tanah secara tersusun melalui semakan maklumat, dokumentasi dan penyelarasan proses yang jelas.
Fokus Kepada Penyelesaian
Kami bukan sekadar memasarkan tanah, tetapi membantu pelanggan memahami masalah, risiko dan strategi terbaik untuk setiap kes.
Pengurusan End-to-End
Kami membantu dari peringkat awal sehingga tindakan susulan, termasuk koordinasi dengan owner, buyer, agent, peguam dan pihak berkaitan.
Sedia Untuk Memulakan?
Hubungi kami hari ini untuk perbincangan awal mengenai keperluan tanah atau hartanah anda.
